Friday 8 March 2019

Al-Imran Ayat 122

4.3.122 Juz:4,Surah:3.
Surah 3, Ayat 122: 


Ringkasan tafsir;

Lanjutan ayat diatas Allah menyatakan bahawa, Allah telah memelihara dua pasukan Islam (dari suku kaum Bani salamah dan Bani Harithah) supaya menjadi teguh penderian mereka dan mengekalkan keimanan mereka sehingga mereka tidak lagi dapat dipengaruhi oleh perasaan lemah yang kerab berbisik dihati mereka, walau pun sepertiga dari angkatan perang Uhud itu telah berpaling tadah dan melarikan diri dari pasukan itu.

Pengajaran ini hendaklah menjadi contoh kepada mukmin, bahawa kepada Allah sahaja hendaklah orang mukmin bertawakal menyerahkan segala urusan kepada Allah  dengan membuat persediaan awal terlebih dahulu yang cukup lengkap semua  urusan pentadbiran dan pengurusan yang lebih baik dan tersusun.

.
[previous] [next] [home] 
.
.
Rujukan sumber, 
Juzuk4, Surah3
Terjemahan,
121~130,
[GS] https://sites.google.com/site/sitismartherbs/9/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8